Tuesday, October 11, 2011

Di mana kamu???

Yezza di mana aku? Short question dari bro. Short dan Sentap. Soalan yang memerlukan jawapan yang ada sebab dan akibat. soalan yang ada relationship between di mana aku sekarang dan apa aku akan jadi akan datang. Ok aku try jawab gune equation:

landscape student + landscape knowledge = LAr

Kalau ikut skema jawapan aku dah boleh dapat full marks dah ni. Tapi the masalah problemnya sekarang ni aku tak nak 1+1=2. Aku nak dia jadi 11. 

11=penternak kambing(impian)+photograher(minat)+[anak solehah+isteri mithali+hamba yang mendapat keampunan & redha Penciptanya(kewajipan)]

So soalan bro tu memang aku masih gagal nak jawab sebenarnya. Di mana aku?Ke mana haluanku. Destinasi di situ tapi jalannya aku masih buntu.  


Monday, August 1, 2011

Ramadhan...Pusingan Bonus Kehidupan




Hahaha teringat masa kecik-kecik dulu main PS2...Game ni lah antara yang paling gila dok ngadap hari-hari. paling best masa masuk bonus level...kena collect ring tu sebanyak mungkin dalam masa beberapa saat jer...memang masa dia singkat...tapi point dia berganda...


Yeah...masa singkat dengan point berganda. Itulah dia pusingan bonus namanya.Dalam real life kehidupan seorang muslim, Allah ada bagi satu pusingan bonus sebulan dalam setahun iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Masanya cukup singkat. Cuma sebulan. Tapi kat situ terletak point yang berlipatkaliganda 24 jam sehari. Antara point tersebut adalah:

1) 5 kelebihan

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka :1) bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, 2)malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, 3) Allah hiasi setiap hari syurganya, 4) kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, 5) diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

2) 2 Kegembiraan

Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’ Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi

3) Doa yang tidak ditolak


Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

4) Malaikat berselawat ke atas orang yang berpuasa

Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannyaâ€


...dan banyak lagi...
ok. Apa pulak amalan yang boleh kita buat untuk dapatkan point-point selebihnya? kalau Sonic kena kumpul rings...kita kena:

1) Sedekah

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa tersebut"

(HR Ahmad & At Tirmidzi)


2) Qiyamullail/Tarawikh

"Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala (daripada Allah) nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Muttafaq'alaih)

3) Membaca al-Quran

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Qiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya" (HR Muslim dari Abu Umamah)

4) I'tikaf

Iaitu berdiam di masjid dengan niat beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah

...dan banyak lagi...

So, selamat mengumpul ring-ring yang banyak di bulan penuh barakah ini untuk mendapatkan point-point berganda bekalan untuk level terakhir di akhirat sana~


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...











Sunday, July 17, 2011

Hambamu-Mawi ft Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Thursday, July 14, 2011

PANIC

Ringkas pesanan studio master kami, "Don't PANIC!"...

Presentation 01: DESIGN THESIS FOR TOPIC PRESENTATION
Date : 12th August 2011
Time: 9-4pm
Venue: Kaed Academic Meeting Room

Sumpah. Baru tengok second line yang tertera tarikh presentation tu pon dah buat aku PANIC. Gelabah tak tentu hala. Buka second page pulak..aduss..dah mula garu kepala. Muka dah mula tukar kaler biru coklat tua...Mati. Banyaknya requirement. Tingginya expectation.

URBAN RELATED DEVELOPMENT...
Seriously need more reading of the related topic. Issues, philosophy and most important definition itself. I can't even tell what is the real meaning of URBAN. Study...STUDY!

Graf hidup kebelakangan ni naik turun tak menentu. Emosi kurang stabil. Kadang redha kadang emo...uh. Harus cool...3 cool...Pesanan teman "ingat Allah banyak2"...yeah hanya dengan mengingati Allah jiwa kan jadi tenang. Bila dah tenang baru boleh fikir. Fikir dan fokus. Design thesis...I'm coming.

Thursday, July 7, 2011

Nak teruskan kerr???

miss Y: "ko dari mana td?"
aku: "sekolah. ada gotong royong."
miss Y: "???"

Dah masuk bulan kedua hari keempat aku buat praktikal training di salah sebuah firma landskap di Shah Alam. Selama itu jugalah begitu banyak pengalaman baru yang ditimba samada dalam bidang landskap dan yang tak berapa ada sangkut paut mahupun bau-bau bacang dengan bidang ni. Actually aku lagi banyak buat benda-benda yang rasanya teman-teman seperjuangan aku yang lain tak buat seperti bertekak dengan indon dan bersama-sama mengangkat guni cocopeat dengan makcik indon ataupun membelikan makanan kegemaran pekerja indon. Eh nape semua bersangkut paut dengan indon???...ahahaha jangan mak aku dapat menantu indon sudaaa...

Yang pentingnya hari ini ada satu lagi program kemasyarakatan bersandarkan landskap yang aku terlibat secara tak langsung iaitu Program Gotong-royong Keceriaan SK TTDI Jaya yang diadakan oleh pihak PIBG sekolah dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Rukun je nampak semua pelajar sekolah yang kiut-miut buat kerja sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang. Rindunya nak buat benda-benda macam tu dengan teman-teman seperjuangan...



Hewm...sebulan lebih lagi...apa nak buat ek...macam tak berapa berisi j reportku nanti....nak letak gambar dengan indon banyak-banyak boleh tak?hahahahaXD...Rasa aku patut teruskan belajar dalam bidang pertanian kot..pengalaman dah ada..belajar sikit-sikit nanti boleh bukak nursery seko...wawawa best!!(>_<)

Thursday, June 16, 2011

ohhh DiSeLaR

DSLR atau nama timangannya diselar yang baru dibeli baru-baru ni memang buat aku jiwa kacau. Kalau satu hari tak bukak, belek-belek pastu snap segala jenis benda yang ada dalam rumah tu memang tak sah. Memang art tu luas...tak ada sempadan tapi kalau dah sampai ikan kena siang pun aku snap memang dah tahap kebulur dah tu...kebulur nak keluar jalan-jalan tempat yang harus jadik mangsa kerakusan diselarku....tapi bila???



Subjek feveret aku adalah potrait. Maka orang terdekat aku iaitu roomateku terpaksalah menjadi mangsa bila-bila aku rasa nak snap. Ala-ala model tak bergaji jugak r...Time kasih untuk beliau kerana sudi melayan kerenah roomate dia yang tak semenggah ni. Lagi satu aku gila suka wedding photograph...tapi belum ada yang boleh jadi mangsa. Penantian aku ialah majlis perkahwinan Ica, sepupuku yang bakal melangsungkan walimahnya hujung tahun ni. Boleh study dulu sebelum bergembira mensnap sebanyak2nya pic kat sana. 

Tapi ada satu problem. Nikon D3100 dengan lens 18-55mm VR ni tak cukup untuk aku ambil gambar close up. Makanya agak tipis peluang aku untuk snap gambar cincin kahwin yang dah lama aku idam-idamkan...isk...bak kata memberku beli DSLR ni macam beli BMW. Time dapat memang cambest tapi...aduss maintenance dia...RM4000 untuk tayar je. Boleh rembat motor satu. Camtu jugaklah situasi aku saat neh. Nak angkat lens baru tapi mana nak cekau duit? hewm...gi wat part time r kot maknanya...hadoilaa....

Lagi satu disebabkan baby aku ni boleh merakam full HD movies makanya aku mulalah berangan-angan nak menghasilkan satu wedding video yang ala-ala gempak. So sebelum merosakkan wedding video orang lain adalah lebih baik aku try shoot satu video sebagai trial...apa konsep agaknya aku nak buat ek?
..hewm..PK2...

Sunday, March 27, 2011

Perginya menghadap Ilahi

Kullu nafsin zaaiqotul maut (setiap yang hidup psati akan merasai mati)...
dan apabila ditimpakan sesuatu musibah...ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi rojiunn...(drpd Allah kita datang dan kepadaNya pula kita kembali)...

Berita perginya seorang insan bernama guru yang diterima sebentar tadi seolah-seolah menyentap urat nadiku. Pantas air jernih memenuhi kolam mataku...cikgu...sudah sampai masamu...sudah selesai kontrak hidupmu...semoga dikau damai di sana...jasamu guru tak mungkin dapat kulupa...hanya yang Esa dapat membalasnya...

"Ya Allah ampunkan segala dosanya...tempatkannya bersama hambaMu yang Kau kasihi..."
Serasa ingin kupecahkan empangan jernih ini...biar ia mengalir...membawa pergi rasa pedih ini...maafkan anak muridmu ini wahai guru...belum sempat aku menjengukmu apatah lagi membalas budimu...
kau telah pergi dulu...hanya doa yang mampu kupanjatkan mengiringi pemergianmu...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu ketetapan Ilahi...
Banyak yang sudah pergi...masa mereka sudah habis di sini...menuju barzakh untuk dihuni...
Perjalanan mereka sudah tamat di sini...menuju akhirat yang kekal abadi...

Persoalannya kini...
Bila tiba masaku nanti?
Apakah aku sudah siap menghadap Ilahi?
Bekalan apa yang akan mengiringi?
Berat di kanankah atau di kiri?
Aahhh..resah..risau...menggamit diri...
Ingatlah mati...ia mampu mendidik hati...
takut pada Ilahi...

"Rabbana tahtim 'alaina bihusnil khotimah wa la tahtim 'alaina bisu'il khotimah...ameen ya robbal 'alaminnn"