Thursday, June 16, 2011

ohhh DiSeLaR

DSLR atau nama timangannya diselar yang baru dibeli baru-baru ni memang buat aku jiwa kacau. Kalau satu hari tak bukak, belek-belek pastu snap segala jenis benda yang ada dalam rumah tu memang tak sah. Memang art tu luas...tak ada sempadan tapi kalau dah sampai ikan kena siang pun aku snap memang dah tahap kebulur dah tu...kebulur nak keluar jalan-jalan tempat yang harus jadik mangsa kerakusan diselarku....tapi bila???



Subjek feveret aku adalah potrait. Maka orang terdekat aku iaitu roomateku terpaksalah menjadi mangsa bila-bila aku rasa nak snap. Ala-ala model tak bergaji jugak r...Time kasih untuk beliau kerana sudi melayan kerenah roomate dia yang tak semenggah ni. Lagi satu aku gila suka wedding photograph...tapi belum ada yang boleh jadi mangsa. Penantian aku ialah majlis perkahwinan Ica, sepupuku yang bakal melangsungkan walimahnya hujung tahun ni. Boleh study dulu sebelum bergembira mensnap sebanyak2nya pic kat sana. 

Tapi ada satu problem. Nikon D3100 dengan lens 18-55mm VR ni tak cukup untuk aku ambil gambar close up. Makanya agak tipis peluang aku untuk snap gambar cincin kahwin yang dah lama aku idam-idamkan...isk...bak kata memberku beli DSLR ni macam beli BMW. Time dapat memang cambest tapi...aduss maintenance dia...RM4000 untuk tayar je. Boleh rembat motor satu. Camtu jugaklah situasi aku saat neh. Nak angkat lens baru tapi mana nak cekau duit? hewm...gi wat part time r kot maknanya...hadoilaa....

Lagi satu disebabkan baby aku ni boleh merakam full HD movies makanya aku mulalah berangan-angan nak menghasilkan satu wedding video yang ala-ala gempak. So sebelum merosakkan wedding video orang lain adalah lebih baik aku try shoot satu video sebagai trial...apa konsep agaknya aku nak buat ek?
..hewm..PK2...