"GOT TO BE A PLAYER NOT A FOLLOWER" (Khalid Zakaria, 2010 ). Kerja jadi follower memang best. senang. Relax je. Just follow apa orang buat, apa orang suruh. Tak pening kepala, tak ada masalah. Tapi kadang-kadang perasaan dia macam drive cooper,mini austin punya version kat atas highway dengan kelajuan 80km/j. Kiri kanan kereta lain dok mencilok tapi kita stay cool je kat situ macam tak bergerak. Yeke cool? Panas dalam hati sebenarnya tapi nak buat camne dah itu kereta pujaan kita. Bawak je lah walaupun cemburu dengan kereta lain yang dok memecut meninggalkan si cute yang slow ni. Hewmm...maybe it's time to buy the new mini cooper or maybe alphard. think(",)?
Ayah selalu cakap dalam hidup ni kita tak boleh terlalu memandang yang di atas sebab boleh lupa pada yang di bawah. Contohnya, bila kita tengok member kita beli camera DSLR mesti kita cemburu sebab kita cuma ada coolpix 10mp je. Tapi cuba kita tengok member kita lagi sorang yang terpaksa pinjam kamera orang lain time nak buat assignment sebab dia tak mampu nak beli kamera filem gulung pun. Tak ke kita rasa kita patut bersyukur dengan coolpix 10mp tu? think(",)?
Satu lagi ayah nak suruh fikir, kenapa kita selalu pandang ke depan dalam urusan dunia semata yang boleh buat kita develop rasa cemburu dan iri hati dengan orang sekeliling? Kenapa kita tak pernah nak rasa macam dalam urusan ukhrawi? "urm.. jeles r tengok Siti selalu sedekah kat orang susah...nak sedekah jugalah". Tak ke perkara-perkara macam ni lebih menyumbang kepada peningkatan ekonomi, akhlak dan imej Islam di mata dunia? Macam ni baru boleh maju, tak adalah orang kita dianalogikan seperti ketam dalam bakul rotan, seekor nak panjat keluar, seekor lagi dok tarik jatuhkan. Last-last semua tak dapat keluar. think (",)?
No comments:
Post a Comment