Tuesday, January 4, 2011

Kringggggggg.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.


 Letih dah handphone berdering...bukan panggilan masuk, tapi alarm pagi yang membingitkan telinga. Arghh...rasa liat sangat nak bangun pagi sekarang ni. Perkara yang dianggap enteng untuk bangun seawal 4-5 pagi sebelum ni dah jadi suatu perjuangan yang cukup sukar untuk dilaksanakan. Bukan sekali dua terbabas, dah hampir 90% daripada hari-hari yang berlalu misi bangun pagi gagal disempurnakan. Di mana silapnya? Think (',')?

Feeling quiet excited about my own life right now. Perumpaan seperti budak kecil yang baru diajar makan aiskrim. Baru tahu rupanya aiskrim tu bukan indah khabar dari rupa. Rupanya aiskrim memang best. Sedapnya hingga menjilat jari. Apa yang aku describe sebagai aiskrim ni? haha.S.T.U.D.Y. betullah hidup seorang aku dah turn 150 degree sekarang ni. Benda yang paling tak best, yang dianggap suatu beban dan perkara yang dilakukan semata-mata untik ikut flow hidup manusia normal dan mungkin suatu perlakuan yang dianggap penting demi menggenggam segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan yang baik dan status yang tinggi pada pandangan masyarakat dah mula berubah. Seorang aku dah mula rasa belajar taklah seteruk kena telan serbuk kopi campur telur mentah mahupun makan ulat gonggok hidup-hidup...belajar mula jadi suatu perkara yang seronok macam makan aiskrim paddle pop time matahari tegak 90 degree atas kepala, walaupun kadang-kadang gigi rasa ngilu penangan sejuknya sang aiskrim tapi dia still rasa lemak berkrim disukai ramai. Semoga yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati menetapkan hati seorang aku untuk terus mencintai ILMU.

2 comments:

  1. like. =) ilmu will take care of ur self.here and here after.juz enjoy seeking the knowledge of Allah.

    ReplyDelete