Tuesday, October 11, 2011

Di mana kamu???

Yezza di mana aku? Short question dari bro. Short dan Sentap. Soalan yang memerlukan jawapan yang ada sebab dan akibat. soalan yang ada relationship between di mana aku sekarang dan apa aku akan jadi akan datang. Ok aku try jawab gune equation:

landscape student + landscape knowledge = LAr

Kalau ikut skema jawapan aku dah boleh dapat full marks dah ni. Tapi the masalah problemnya sekarang ni aku tak nak 1+1=2. Aku nak dia jadi 11. 

11=penternak kambing(impian)+photograher(minat)+[anak solehah+isteri mithali+hamba yang mendapat keampunan & redha Penciptanya(kewajipan)]

So soalan bro tu memang aku masih gagal nak jawab sebenarnya. Di mana aku?Ke mana haluanku. Destinasi di situ tapi jalannya aku masih buntu.  


Monday, August 1, 2011

Ramadhan...Pusingan Bonus Kehidupan




Hahaha teringat masa kecik-kecik dulu main PS2...Game ni lah antara yang paling gila dok ngadap hari-hari. paling best masa masuk bonus level...kena collect ring tu sebanyak mungkin dalam masa beberapa saat jer...memang masa dia singkat...tapi point dia berganda...


Yeah...masa singkat dengan point berganda. Itulah dia pusingan bonus namanya.Dalam real life kehidupan seorang muslim, Allah ada bagi satu pusingan bonus sebulan dalam setahun iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Masanya cukup singkat. Cuma sebulan. Tapi kat situ terletak point yang berlipatkaliganda 24 jam sehari. Antara point tersebut adalah:

1) 5 kelebihan

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka :1) bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, 2)malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, 3) Allah hiasi setiap hari syurganya, 4) kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, 5) diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

2) 2 Kegembiraan

Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’ Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi

3) Doa yang tidak ditolak


Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

4) Malaikat berselawat ke atas orang yang berpuasa

Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannyaâ€


...dan banyak lagi...
ok. Apa pulak amalan yang boleh kita buat untuk dapatkan point-point selebihnya? kalau Sonic kena kumpul rings...kita kena:

1) Sedekah

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa tersebut"

(HR Ahmad & At Tirmidzi)


2) Qiyamullail/Tarawikh

"Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala (daripada Allah) nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Muttafaq'alaih)

3) Membaca al-Quran

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Qiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya" (HR Muslim dari Abu Umamah)

4) I'tikaf

Iaitu berdiam di masjid dengan niat beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah

...dan banyak lagi...

So, selamat mengumpul ring-ring yang banyak di bulan penuh barakah ini untuk mendapatkan point-point berganda bekalan untuk level terakhir di akhirat sana~


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...











Sunday, July 17, 2011

Hambamu-Mawi ft Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Thursday, July 14, 2011

PANIC

Ringkas pesanan studio master kami, "Don't PANIC!"...

Presentation 01: DESIGN THESIS FOR TOPIC PRESENTATION
Date : 12th August 2011
Time: 9-4pm
Venue: Kaed Academic Meeting Room

Sumpah. Baru tengok second line yang tertera tarikh presentation tu pon dah buat aku PANIC. Gelabah tak tentu hala. Buka second page pulak..aduss..dah mula garu kepala. Muka dah mula tukar kaler biru coklat tua...Mati. Banyaknya requirement. Tingginya expectation.

URBAN RELATED DEVELOPMENT...
Seriously need more reading of the related topic. Issues, philosophy and most important definition itself. I can't even tell what is the real meaning of URBAN. Study...STUDY!

Graf hidup kebelakangan ni naik turun tak menentu. Emosi kurang stabil. Kadang redha kadang emo...uh. Harus cool...3 cool...Pesanan teman "ingat Allah banyak2"...yeah hanya dengan mengingati Allah jiwa kan jadi tenang. Bila dah tenang baru boleh fikir. Fikir dan fokus. Design thesis...I'm coming.

Thursday, July 7, 2011

Nak teruskan kerr???

miss Y: "ko dari mana td?"
aku: "sekolah. ada gotong royong."
miss Y: "???"

Dah masuk bulan kedua hari keempat aku buat praktikal training di salah sebuah firma landskap di Shah Alam. Selama itu jugalah begitu banyak pengalaman baru yang ditimba samada dalam bidang landskap dan yang tak berapa ada sangkut paut mahupun bau-bau bacang dengan bidang ni. Actually aku lagi banyak buat benda-benda yang rasanya teman-teman seperjuangan aku yang lain tak buat seperti bertekak dengan indon dan bersama-sama mengangkat guni cocopeat dengan makcik indon ataupun membelikan makanan kegemaran pekerja indon. Eh nape semua bersangkut paut dengan indon???...ahahaha jangan mak aku dapat menantu indon sudaaa...

Yang pentingnya hari ini ada satu lagi program kemasyarakatan bersandarkan landskap yang aku terlibat secara tak langsung iaitu Program Gotong-royong Keceriaan SK TTDI Jaya yang diadakan oleh pihak PIBG sekolah dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Rukun je nampak semua pelajar sekolah yang kiut-miut buat kerja sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang. Rindunya nak buat benda-benda macam tu dengan teman-teman seperjuangan...



Hewm...sebulan lebih lagi...apa nak buat ek...macam tak berapa berisi j reportku nanti....nak letak gambar dengan indon banyak-banyak boleh tak?hahahahaXD...Rasa aku patut teruskan belajar dalam bidang pertanian kot..pengalaman dah ada..belajar sikit-sikit nanti boleh bukak nursery seko...wawawa best!!(>_<)

Thursday, June 16, 2011

ohhh DiSeLaR

DSLR atau nama timangannya diselar yang baru dibeli baru-baru ni memang buat aku jiwa kacau. Kalau satu hari tak bukak, belek-belek pastu snap segala jenis benda yang ada dalam rumah tu memang tak sah. Memang art tu luas...tak ada sempadan tapi kalau dah sampai ikan kena siang pun aku snap memang dah tahap kebulur dah tu...kebulur nak keluar jalan-jalan tempat yang harus jadik mangsa kerakusan diselarku....tapi bila???



Subjek feveret aku adalah potrait. Maka orang terdekat aku iaitu roomateku terpaksalah menjadi mangsa bila-bila aku rasa nak snap. Ala-ala model tak bergaji jugak r...Time kasih untuk beliau kerana sudi melayan kerenah roomate dia yang tak semenggah ni. Lagi satu aku gila suka wedding photograph...tapi belum ada yang boleh jadi mangsa. Penantian aku ialah majlis perkahwinan Ica, sepupuku yang bakal melangsungkan walimahnya hujung tahun ni. Boleh study dulu sebelum bergembira mensnap sebanyak2nya pic kat sana. 

Tapi ada satu problem. Nikon D3100 dengan lens 18-55mm VR ni tak cukup untuk aku ambil gambar close up. Makanya agak tipis peluang aku untuk snap gambar cincin kahwin yang dah lama aku idam-idamkan...isk...bak kata memberku beli DSLR ni macam beli BMW. Time dapat memang cambest tapi...aduss maintenance dia...RM4000 untuk tayar je. Boleh rembat motor satu. Camtu jugaklah situasi aku saat neh. Nak angkat lens baru tapi mana nak cekau duit? hewm...gi wat part time r kot maknanya...hadoilaa....

Lagi satu disebabkan baby aku ni boleh merakam full HD movies makanya aku mulalah berangan-angan nak menghasilkan satu wedding video yang ala-ala gempak. So sebelum merosakkan wedding video orang lain adalah lebih baik aku try shoot satu video sebagai trial...apa konsep agaknya aku nak buat ek?
..hewm..PK2...

Sunday, March 27, 2011

Perginya menghadap Ilahi

Kullu nafsin zaaiqotul maut (setiap yang hidup psati akan merasai mati)...
dan apabila ditimpakan sesuatu musibah...ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi rojiunn...(drpd Allah kita datang dan kepadaNya pula kita kembali)...

Berita perginya seorang insan bernama guru yang diterima sebentar tadi seolah-seolah menyentap urat nadiku. Pantas air jernih memenuhi kolam mataku...cikgu...sudah sampai masamu...sudah selesai kontrak hidupmu...semoga dikau damai di sana...jasamu guru tak mungkin dapat kulupa...hanya yang Esa dapat membalasnya...

"Ya Allah ampunkan segala dosanya...tempatkannya bersama hambaMu yang Kau kasihi..."
Serasa ingin kupecahkan empangan jernih ini...biar ia mengalir...membawa pergi rasa pedih ini...maafkan anak muridmu ini wahai guru...belum sempat aku menjengukmu apatah lagi membalas budimu...
kau telah pergi dulu...hanya doa yang mampu kupanjatkan mengiringi pemergianmu...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu ketetapan Ilahi...
Banyak yang sudah pergi...masa mereka sudah habis di sini...menuju barzakh untuk dihuni...
Perjalanan mereka sudah tamat di sini...menuju akhirat yang kekal abadi...

Persoalannya kini...
Bila tiba masaku nanti?
Apakah aku sudah siap menghadap Ilahi?
Bekalan apa yang akan mengiringi?
Berat di kanankah atau di kiri?
Aahhh..resah..risau...menggamit diri...
Ingatlah mati...ia mampu mendidik hati...
takut pada Ilahi...

"Rabbana tahtim 'alaina bihusnil khotimah wa la tahtim 'alaina bisu'il khotimah...ameen ya robbal 'alaminnn"

Wednesday, March 9, 2011

muhasabah

abes j dr mai berucap rse cam nak jerit2 j..umran da abes ..yippi..yihuuu...xpyh da nk pk psl beg...psl ape nk goreng tym meeting...psl e2 n ini...tp perasaan 2 bkn perasaan hepi semate...perasaan de bercampur baur..hepi..suke..terharu..sume de...cam nk nanges pon ade...speechless nk gambarkan..hehe..jiwengs.

hope sgt x jd rumah da siap pahat masih berbunyi...melihat kepada overall performance...UMRAN 2011 boleh dikatekan sukses...tp xboleh nak kte ape2 lg...masih ade saki baki kerje yg perlu disempurnakan...masih ade postmortem yg perlu dihadap...cuakz. sebelum org menilai better nilai diri sendiri dulu.

SPECIAL TASK. new job. new field. resign suda keje2 gagah prep n techku..hehe.nebes jap dpt tugas neh. walaupun committee ni bukanla leading role tp aku pecaye satu litar elektrik xkan lengkap dan berfungsi kalau de satu komponen kecik x bergerak. jdk head bkn mudah. kekurang dan kelemahan dalam management n planning akan wat keje jd kurg smooth. keje2 xbjaye dispread evently mulenye.tp syukur Alhamdulillah. sebab dikurniakan membe2 grup yg boleh diharap dan sangat memberi kerjesame, buah fikiran dan tenage. thnx korg.

Syukur alhamdulillah jugak bile bosku adelah org yg paling dekat dgn aku...thanx sbb byk lead n tolg aku wat keje ni...walaupon kadang2 rse down jugak bile kne tembak n kureng bjaye melaksanekan tugas kecik neh lau nk bnding ngn keje bos tp i'll take as s part of learning process. berlapang dada walaupun fikiran2 negatif 2 ade dok bersarang dalam dada. rse x konfiden..rse x gune...rse xboleh harap langsung ko neh petem...wat keje kecik 2 pon xreti...huhu...xpe petem...blaja...drive bia slow asal jgn stop. lau x smpi ble2 pon x smpi destinasi 2.kann..

ketidaksempurnaan senang buat orang rse down...sedeyh..frust..kecewa...tp ia juga satu anugerah bilemane kte jd sedar btape kecik n lemahnye kte sebagai hambe. btape kerdilnye kte untuk melaksanakan perancangan...wat kte igt yg sebagai manusia kte cume mampu merancang, berusehe dan berdoa..Dia yang tentukan bejaye atau tidak rancangn kte 2...
ketidaksempurnaan jugak dapat elak kte jdk org yg sombong. angkuh. riak. rse hebat. overconfident ngn keje sendiri..pndg entng keje org laen...hewm..learn 2 c things in a bright side.

ape2 pon thnx UMRAN. learn a lot from u. sorry 2 all kalau ade keje2 special task yg kurang sempurna dsebabkan kelemahan n kekurangan petem.i'll keep on learning....         

Tuesday, January 18, 2011

aFraiD to ReaLize

its been quarter of journey passed already. she yet to decide where to stop neither which route to take.still surveying the best direction to be followed on herself...

its been quarter of journey passed already. but now only she realize that she's not driving alone. there were, Mini Cooper on the right side, New Beetle on the left, Alphard at the back even Satria GTi, Kelisa, Vitara accompanying  her journey. only now she realize that they were there not only to make her proud to be one of them...neither to stop whenever mini austin exhausted of speeding but for her to learn from them on how to drive at highway which is so much different from driving at "jalan biasa" where she can stop anywhere, anytime in the journey, where she can drive as slow as 60km/j to appreciate the scenery, where she don't have to care how far is the next R&R to fill the tank...where she can think that driving is simple.so simple that you don't have to think to keep on driving. they are there for her. sent by Him to accomplished the journey in the rightful way. mini austin has wasted all the quarter of her journey by not realizing why on earth these cars were driving next to her all this while...

but mini austin is neither mini cooper nor alphard. speeding makes her engine hot...she need to service few times more than new beetle and Satria to keep her move. Sometimes she got tired that made her took an exit...leaving those cars in their track to drive on her own route. she felt so much relax that time. less stress. less tense. the only thing is that driving without them makes journey less interesting, less fascinating...drive alone makes beautiful scenery become dull, she's driving only for the sake of reaching the final destination.

taking the highway again makes the journey more meaningful but a little scarier than before. Cars speeding out of their meters. leaving her behind that consequently makes her slower than should be...why on earth that happen?hey, wake up!lean on Him...no matter what...Mini Austin can still speed up to reach the peak...that destination of everybody aims for...SEMANGAT!
    

Monday, January 17, 2011

e.g.o.i.s

kerr???

bila perut dah berkeroncong dan tiba-tiba pulak ada orang hulur sepinggan nasi lemak sambal sotong...
panas-panas pulak tu...tapi korang tolak mentah-mentah walaupun dah giler kecur tengok sambal tu semata-mata alasan nak jaga kalori dalam badan...sumpah x logik...x relevan langsung...tapi korang tetap dengan pendirian korang walaupun makin lama makin rasa macam nak telan anak gorila seekor.
korang berpegang pada kepercayaan yang sebenarnya korang sendiri tak rasa betul...korang tau x salah pun kalau makan sesudu dua untuk isi perut yang dah menyanyi lagu koi mil gaya lam citer kuch kuch hota hai tu...tapi korang takut sangat nak sentuh nasi lemak tu sebab dah terlalu lama makan roti canai cicah dal.korang takut sangat sambal tu pedas, nasik tu mentah, sotong tu liat...walaupun korang cuma tengok dan tak jamah sesudu pun...

korang rasa itu dipanggil ego ke?

Wednesday, January 12, 2011

mini cooper n mini austin



one day mini cooper and mini austin go for a journey. they both ride together in the same speed though sometimes cooper have to take the left lane and let austin left behind. but still they will keep riding together as much as possible. however, in a sudden cooper need to take the next exit at the front because something comes up. though austin knows that they will ride together again but she feel so damn hard to let cooper go.austin don't really know why.just because...

austin keep questioning herself either the feel of not letting go comes from her selfishness or she just don't what anything bad happen to cooper...it is true that austin afraid to travel alone though she knows that she still can reach the destination even if she's alone but the fact is she doesn't feel that cooper have to take that exit...just it...hope that cooper will be guided by Him to take the best road...

Tuesday, January 11, 2011

vandalism vs art






Standing by the wall. posed. klikkk...hahha. Don't believe i just did that. 
Segan jugak  r gi posing maut x ingat depan orang lalu lalang...but i'm worth it. Not many people can appreciate their artwork like i just did...some of you may think that this is rubbish. Painting the wall with colours of sprays...with unable-to-be-read words...no pays...no praise...and may be jailed if they got caught. Its nothing but vandalism and worthless things ever. Is it?
if i were to comment on this the answer is definitely different. for me it is art. art is much different from vandalism...if they are painting nicely, neatly like this we call it art. it's just the matter of place and space. if they were given space to practice this it would be nice artwork to be appreciated, it will help teens like them to express their feelings and shows their talent, and without fear i can say that it will be one of tourism attraction place to be visited, in and outside the country.
as a designer we have to see thing from different angle. always see the opportunity from the weakness of a place. don't always see them as a threat.  
thats my point of view.what about yours?think(",)?


MuWaSaFat MusLim

muwasafat muslim tu mksdnya sifat2 yg ada pd seorg muslim =) ada 10 yg dsenaraikn:


1) aqidah yg sjahtera
asy hadu anla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah

2) ibadah yg sohih

mantopkan yg wajib...tambahkan yang sunat...ibadat bukan sekadar beri'tikad...tak boleh main ikut2 semata...


3) akhlak yg mantap
Rasulullah bersabda bahawa "aku diutuskan tidak lain adalah untuk menyempurnakan akhlak"
dan akhlak yang ditunjukkan kepada kita adalah quran...

4) luas pngetahuan

tolabal ilmi faridhotan 'ala kullu muslim wa muslimat
hadith nabi yang bermaksud menutut ilmu itu diwajibkan ke atas seluruh muslim dan muslimat


Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.


5) kuat/sihat tubuh badan
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan


6) mampu berdikari
berdikari bukan beli kari...kena sediakan diri untuk semua perkara jangan mengharapkan orang lain...

7) mlawan nafsu

jahat woo nafsu ni...kita kena pastikan akal mmelawan nafsu...kalau kita biarkan sewbaliknya yang berlaku maka.......tengok j r senario zaman sekarang ni

8) mnjaga masa

surah al-asr

9) tersusun urusan

Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

10)bermanfaat pd org lain

rasullullah bersabda bahawa yang terbaik antara kamu adalah yang memberi manfaat kepada saudara kamu...
antara lain dalam hadith baginda "la yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhi ma yuhibbu linafsi"-tidak beriman seorang drpd kamu sehingga kamu mencintai pada saudara kamu apa yang kamu cintai...means kalu kita suka belajar...dapat ilmu...kita nak jugak benda tu ada pada kawan kita...




got this from a friend. strive for these muwasafat...may it be my contribution to Islam...

Sunday, January 9, 2011

when I start 2 care...

seorang aku sedang berada di tengah-tengah 2 simpang...ala-ala the road not taken dalam novel sekolah dolu-dolu....tapi sebelah kaki dah mula melangkah ke arah simpang yang satu lagi...yang nyata berbeza dengan jalan yang dia ambil sebelum ni.tapi tiba-tiba dia rasa confuse...dia suka ke jalan ni?betul ke jalan ni akan bawa dia kepada satu journey yang dia akan enjoy?sebab kadang-kadang jalan ni nampak lebih seram...lebih banyak duri dan lalang yang kena dia tempuh berbanding sebelum ni.ada binatang liar yang lepas bebas...memang best tengok benda real depan mata macam kat safari tapi kadang-kadang dia rasa lebih selamat tengok binatang kat zoo...at least diorang tak boleh nak terkam kita sesuka hati sesedap rasa...seorang aku akan selamat ke???
huuu tatau~

dolu-dolu tak ada benda yang akan betul-betul mengganggu gugat kehidupan seorang aku...orang lain nak berlari ke, melompat ke, merangkak ke, semua dia pernah nak ambil pusing...biarlah apa nak jadi pun...janji benda-benda tu tak kacau hidup dia...

"lantak pi arh..ade aku kesah..."
 
tapi seorang aku dah mula ambil jalan berbeza...mula belajar melihat sekeliling dari sudut berbeza.dia dah mula ambil kisah...cuma kadang-kadang jalan ni buat dia rasa resah...hidup mula nampak susah...bukan semua perkara boleh diambil mudah...

arghh...seorang aku mula rasa keliru...tepatkah jalan itu?kadang-kadang dia rindu pada jalan yang lagi
satu...jalan yang jarang buat dia buntu...

Friday, January 7, 2011

ai tayar pancit kerr???

Tu lah...dah kata jangan lambat sangat pick up tu...dah dekat 5km jalan baru nak masuk gear 4. apa cerr??? Ingatkan line clear dah nak merempit mana tau tiba-tiba tayar pulak pancit...nasib....

Nasib ke?

Sebab tu nabi kata suruh jaga masa lapang sebelum masa sempit. Awal-awal tak nak usaha sungguh-sungguh buat kerja...bajet last minute kerja baru power. masa untuk merempit la konon...kita tak tahu kadang-kadang minyak nak habis...tayar nak pancit...malang tak berbau...jangan ingat air yang tenang tak ada buaya. Fe'el take for granted ni lah yang selalu buat kita tertinggal kat belakang...jangan nanti kalah main bola sepak, padang dikatakan berlecak.di mana silapnya kita andainya.think(''.)?

apa sebenarnya yang aku nak kata ni?
ni lah teguran untuk diri sendiri namanya. everytime rasa tak puas hati dengan tugasan yang diberi, nasihat macam ni muncul kat benak. tapi ni dah bukan pisang berbuah 2 kali, dah dekat berpuluh-puluh kali ni. siap boleh bukak gerai goreng pisang celup tepung cicah dengan sambal kicap lagi. asyik-asyik perkara yang sama berulang berkali-kali. camne caranya nak nak elak daripada terjatuh dalam lubang yang sama berkali-kali?think(".)?

Tuesday, January 4, 2011

Kringggggggg.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.


 Letih dah handphone berdering...bukan panggilan masuk, tapi alarm pagi yang membingitkan telinga. Arghh...rasa liat sangat nak bangun pagi sekarang ni. Perkara yang dianggap enteng untuk bangun seawal 4-5 pagi sebelum ni dah jadi suatu perjuangan yang cukup sukar untuk dilaksanakan. Bukan sekali dua terbabas, dah hampir 90% daripada hari-hari yang berlalu misi bangun pagi gagal disempurnakan. Di mana silapnya? Think (',')?

Feeling quiet excited about my own life right now. Perumpaan seperti budak kecil yang baru diajar makan aiskrim. Baru tahu rupanya aiskrim tu bukan indah khabar dari rupa. Rupanya aiskrim memang best. Sedapnya hingga menjilat jari. Apa yang aku describe sebagai aiskrim ni? haha.S.T.U.D.Y. betullah hidup seorang aku dah turn 150 degree sekarang ni. Benda yang paling tak best, yang dianggap suatu beban dan perkara yang dilakukan semata-mata untik ikut flow hidup manusia normal dan mungkin suatu perlakuan yang dianggap penting demi menggenggam segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan yang baik dan status yang tinggi pada pandangan masyarakat dah mula berubah. Seorang aku dah mula rasa belajar taklah seteruk kena telan serbuk kopi campur telur mentah mahupun makan ulat gonggok hidup-hidup...belajar mula jadi suatu perkara yang seronok macam makan aiskrim paddle pop time matahari tegak 90 degree atas kepala, walaupun kadang-kadang gigi rasa ngilu penangan sejuknya sang aiskrim tapi dia still rasa lemak berkrim disukai ramai. Semoga yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati menetapkan hati seorang aku untuk terus mencintai ILMU.

Thursday, December 30, 2010

Player Or Follower?

"GOT TO BE A PLAYER NOT A FOLLOWER" (Khalid Zakaria, 2010 ). Kerja jadi follower memang best. senang. Relax je. Just follow apa orang buat, apa orang suruh. Tak pening kepala, tak ada masalah. Tapi kadang-kadang perasaan dia macam drive cooper,mini austin punya version kat atas highway dengan kelajuan 80km/j. Kiri kanan kereta lain dok mencilok tapi kita stay cool je kat situ macam tak bergerak. Yeke cool? Panas dalam hati sebenarnya tapi nak buat camne dah itu kereta pujaan kita. Bawak je lah walaupun cemburu dengan kereta lain yang dok memecut meninggalkan si cute yang slow ni. Hewmm...maybe it's time to buy the new mini cooper or maybe alphard.  think(",)?

Ayah selalu cakap dalam hidup ni kita tak boleh terlalu memandang yang di atas sebab boleh lupa pada yang di bawah. Contohnya, bila kita tengok member kita beli camera DSLR mesti kita cemburu sebab kita cuma ada coolpix 10mp je. Tapi cuba kita tengok member kita lagi sorang yang terpaksa pinjam kamera orang lain time nak buat assignment sebab dia tak mampu nak beli kamera filem gulung pun. Tak ke kita rasa kita patut bersyukur dengan coolpix 10mp tu? think(",)?

Satu lagi ayah nak suruh fikir, kenapa kita selalu pandang ke depan dalam urusan dunia semata yang boleh buat kita develop rasa cemburu dan iri hati dengan orang sekeliling? Kenapa kita tak pernah nak rasa macam dalam urusan ukhrawi? "urm.. jeles r tengok Siti selalu sedekah kat orang susah...nak sedekah jugalah". Tak ke perkara-perkara macam ni lebih menyumbang kepada peningkatan ekonomi, akhlak dan imej Islam di mata dunia? Macam ni baru boleh maju, tak adalah orang kita dianalogikan seperti ketam dalam bakul rotan, seekor nak panjat keluar, seekor lagi dok tarik jatuhkan. Last-last semua tak dapat keluar. think (",)?

Tuesday, December 28, 2010

K.A.N.T.O.I

huhuhuhu~spechless...bukan buat dosa pun tapi cam merah coklat tua je muka dah. macam manalah boleh kantoi...hadoii....rasa macam nak stop menulis je. ye la sebab aku menulis ni bukan nak siapa-siapa baca atau nak orang tahu apa yang aku rasa cuma nak mencari tempat untuk meluah apa yang kadang-kadang tak nak terluah ikut mulut. nak tulis diari macam old version sangat.jiwang.wuwu.tapi melarikan diri tu da macam Galang. coward. tak maw. so, aku dah decide untuk terus tulis. kawan-kawan sila jangan buat mukaku bertukar kaler biru coklat tua ye.haduuuuu rasa nak masuk tin biskut merry je...huhu ('_')"

vrOommm....

manusia macam kereta...you can't expect the old mini cooper to run as fast as the new version but it do have quality that nobody else get...she's antique and unique...


kebiasaan manusia, suka menilai. never think that its good to judge others because we have the tendency to mistakenly judge others. peer assessment is one of it. Hate it but can't do nothing with it because it is the system. whether i like it or not...still got to do it but i'll do it my way. i don't care if the lecturer ask me later on why i give all full marks to my colleagues because it is my assessment.my evaluation.it's my right to give whatever marks that i like because for me that is bonus. bonus that i can save my friend in certain condition such as maybe they are in the middle of grade of B and C...so with the marks i gave, it will help them to survive. isn't that great?but i don't mind if others doesn't do the same.maybe they don't want the lecturer to nag or maybe i'm not deserve that grade...

berbalik kepada analogi manusia macam kereta.kenapa kereta? sebab semenjak kereta mula-mula dicipta sampailah ke hari ini, dah jadi tak terbilang banyaknya jenis dan keupayaan kereta yang ada. tapi yang pasti, kereta mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.Camry memang terbaekk...2.0cc and above..memang laju boleh gi tapi kancil 850cc je mana bole lumba. mau tercabut pintu-pintu...haha. tapi terbaekk jugak bawa kancil. senang nak cilok...kann??contoh lagi? ok try ushar toyota version zaman dolu-dolu.yang belom ada aircond tu...yang kadang-kadang diorang letak kipas biru kacik kat depan tu. pastu bandingkan dengan BLM yang banyak orang dok bawak la ni.tengok kalo kena langgar. tak payah treller la, babi pun dah cukup(maaf bahasa kasaq sket). tengok berapa teruk dia punya remuk. body macam tin milo je. kalau kereta dulu-dulu tak macam tu. body diorang firm. besi padat. tak ada maknanya nak remuk teruk-teruk macam kereta sekarang ni. tapi naik BLM lapang dada la sikit. tak kuat makan minyak...so kita bolehlah kuat makan nasik...ye takk??haha

so moral of the story:
1)different person have different quality. may you not a good student in reading fact, but may be you got some talent in art.don't feel bad about the disability, proud of your ability.
2)never judge people by putting ourselves as reference. "ahh aku boleh buat kenapa kau tak boleh?mesti sebab kau malas". here we have tendency to not being empathy. mungkin our friend sakit or dia memang tak mampu atas sebab-sebab tertentu. we never know.so don't be that cruel.
3)maybe people's ability is different but there's always a room for change. macam kereta, kalo modified enjin, boleh buat race woo walaupun cuma kancil. manusia pun macam tu jugak. kena sentiasa usaha untuk jadi lebih baik setiap masa dengan doa dan usaha.

ThiNk(",)? 
  

Saturday, December 25, 2010

aDe BeRann??

Berani. Ada apa dengan berani? Nasi beriani? haha memang tak ada dah benda lain yang dok berlegar-legar dalam benak ni....makan...makanan...makan...itu je la pusing-pusing pun. Apa yang significant sangat aku nak dok cerita pasal berani ni? Dah tajuk pun first step so mesti ada kait-mengait dengan langkah pertama kan?

Dalam hidup ni kalau nak maju kita kena berani. Berani ada macam-macam. Berani ada peringkat. Berani ada pro n con. Contohnya berani peringkat kanak-kanak, sebelum diorang start melangkah, diorang kena berani untuk berdiri dulu. Ingat tak cuak ke budak-budak tu nak berdiri atas kaki bulat-bulat tembam diorang tu...tapi diorang beranikan juga diri diorang berdiri sebab diorang nak berjalan dan juga sebab diorang rasa teruja bila mak, ayah, kakak, abang, pak cik dan mak cik diorang yang dok bersorak tengok diorang mula berdiri dan melangkah. Itu baru peringkat kanak-kanak punya berani, belum yang time masuk sekolah lagi...kena berani cakap depan kelas, kenalkan diri, dub dab dub dab....haha

Tapi walau apa pun, basicnya tetap sama. Dengan berani kita boleh memulakan langkah pertama untuk capai kejayaan, dengan berani kita boleh terima kegagalan, dengan berani juga kita mula belajar liku-liku kehidupan. Dan untuk berani kita perlukan dorongan. Tapi berani perlu pada pedoman dan pegangan supaya tak terbabas mengejar impian.

Berikut adalah contoh berani bagi seorang aku:
(1) berani untuk tulis blog walaupun bukan bidang dan minat aku sebab aku ada aim untuk dicapai
(2) berani untuk lihat hasil tulisan tak memberansangkan, berani untuk tanya perkara berkaitan kat kawan
(3) aku ada member yang suka provoke tapi leh jadik peransang untuk aku jadi berani dan push diri ke depan
(4) aku belajar macam mana nak create account, macam mana nak menulis, macam mana nak dapatkan    bahan untuk menulis, dsb. tak senang rupanya wooo...
(5) aku berusaha untuk tulis blog yang tidak merapu, tidak terlalu merosakkan bahasa, tidak melanggar batas-batas sebagai seorang anak, pelajar dan semestinya seorang Muslim

Berani ni macam besi berani, kalau kita tak control dan halakan pada jalan yang betul dia akan tarik besi-besi berkarat kat sekeliling kita dan jika sebaliknya ia akan jadi penarik pada perkara-perkara positif untuk kemaslahatan kita...macam yang Hlovate kata dalam Rooftop Rant, live well or live hell...u choose.