Thursday, July 7, 2011

Nak teruskan kerr???

miss Y: "ko dari mana td?"
aku: "sekolah. ada gotong royong."
miss Y: "???"

Dah masuk bulan kedua hari keempat aku buat praktikal training di salah sebuah firma landskap di Shah Alam. Selama itu jugalah begitu banyak pengalaman baru yang ditimba samada dalam bidang landskap dan yang tak berapa ada sangkut paut mahupun bau-bau bacang dengan bidang ni. Actually aku lagi banyak buat benda-benda yang rasanya teman-teman seperjuangan aku yang lain tak buat seperti bertekak dengan indon dan bersama-sama mengangkat guni cocopeat dengan makcik indon ataupun membelikan makanan kegemaran pekerja indon. Eh nape semua bersangkut paut dengan indon???...ahahaha jangan mak aku dapat menantu indon sudaaa...

Yang pentingnya hari ini ada satu lagi program kemasyarakatan bersandarkan landskap yang aku terlibat secara tak langsung iaitu Program Gotong-royong Keceriaan SK TTDI Jaya yang diadakan oleh pihak PIBG sekolah dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Rukun je nampak semua pelajar sekolah yang kiut-miut buat kerja sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang. Rindunya nak buat benda-benda macam tu dengan teman-teman seperjuangan...



Hewm...sebulan lebih lagi...apa nak buat ek...macam tak berapa berisi j reportku nanti....nak letak gambar dengan indon banyak-banyak boleh tak?hahahahaXD...Rasa aku patut teruskan belajar dalam bidang pertanian kot..pengalaman dah ada..belajar sikit-sikit nanti boleh bukak nursery seko...wawawa best!!(>_<)

No comments:

Post a Comment