Monday, August 1, 2011

Ramadhan...Pusingan Bonus Kehidupan




Hahaha teringat masa kecik-kecik dulu main PS2...Game ni lah antara yang paling gila dok ngadap hari-hari. paling best masa masuk bonus level...kena collect ring tu sebanyak mungkin dalam masa beberapa saat jer...memang masa dia singkat...tapi point dia berganda...


Yeah...masa singkat dengan point berganda. Itulah dia pusingan bonus namanya.Dalam real life kehidupan seorang muslim, Allah ada bagi satu pusingan bonus sebulan dalam setahun iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Masanya cukup singkat. Cuma sebulan. Tapi kat situ terletak point yang berlipatkaliganda 24 jam sehari. Antara point tersebut adalah:

1) 5 kelebihan

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka :1) bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, 2)malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, 3) Allah hiasi setiap hari syurganya, 4) kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, 5) diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

2) 2 Kegembiraan

Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’ Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi

3) Doa yang tidak ditolak


Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

4) Malaikat berselawat ke atas orang yang berpuasa

Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannyaâ€


...dan banyak lagi...
ok. Apa pulak amalan yang boleh kita buat untuk dapatkan point-point selebihnya? kalau Sonic kena kumpul rings...kita kena:

1) Sedekah

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa tersebut"

(HR Ahmad & At Tirmidzi)


2) Qiyamullail/Tarawikh

"Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala (daripada Allah) nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Muttafaq'alaih)

3) Membaca al-Quran

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Qiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya" (HR Muslim dari Abu Umamah)

4) I'tikaf

Iaitu berdiam di masjid dengan niat beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah

...dan banyak lagi...

So, selamat mengumpul ring-ring yang banyak di bulan penuh barakah ini untuk mendapatkan point-point berganda bekalan untuk level terakhir di akhirat sana~


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...











1 comment: